Sudah aku janjikan bahawa aku akan ceritakan tentang Perfect Villa... Sebuah naskah yang aku hasilkan 2 tahun lepas. Pada mulanya aku ingin menjadikannya sebuah novel, namun aku menyedari gaya bahasa dan penceritaan aku kurang memuaskan. Jadi aku mengambil keputusan untuk menjadikannya sebuah skrip. Bukan main payah untuk aku menghabiskannya. Pada waktu itu, aku cuma berpandukan dari sebuah antologi semasa persekolahanku. Kugagahkan jua untuk menyiapkannya. Setelah siap, aku menyerahkannya kepada adik seorang pengarah drama dan filem yang karya pengarahan dan penerbitannya tidak kurang hebatnya. Tidak aku nafikan, jawapannya mengecewakan aku tapi aku menganggapnya sebagai satu pengajaran supaya aku lebih berhati-hati dan membuat lebih banyak rujukan sebelum membuat sesuatu karya yang baharu. Mana taknya, format skrip aku habis tunggang langgang. Sekarang aku masih cuba untuk menghabiskannya. Aku akui, sekarang memang sukar untuk aku menyiapkan Perfect Villa kerana kekangan masa. Aku perlukan lebih masa untuk memantapkan penggunaan bahasa kerana aku menyelitkan sedikit penggunaan bahasa Mandarin, Korea dan dialek Sarawak selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kadangkala aku terfikir, mahukah penerbit dan pengarah di luar sana hendak mengambil atau membeli skrip aku jika lokasi penggambarannya sehingga ke Pulau Jeju, Korea Selatan. Semangat aku jua tinggal sisa setelah aku mendapati pelbagai karya di kaca televisyen mahupun di pawagan ada yang menyamai jalan ceritaku. Namun mindaku akan tetap giat berkarya. InsyaAllah, aku akan tetap habiskan juga...
-----------coming up next:being a teacher in 2 months---------------
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.