Aku masih lagi keliru dengan hatiku. Apa benar yang aku sangka selama ini bahawa engkau pernah singgah di hatiku? Cintanya pula...cintanya lebih mekar berbandingku. Pada aku, dia lebih layak menerima cintamu. Apakah aku hipokrit? Adakah aku benar-benar tega kau bersama dia? Segi tiga cinta tidak pernah wujud antara kita, kerna hanya ada kau dan dia. Aku ibarat buih-buih di permukaan air yang hanya datang dan pergi...
~"Cinta itu memerlukan suatu keberanian untuk kita tabah menghadapi apa sahaja yang bakal menimpa pada hubungan kita; bahagia mahupun kecewa"~