Sekolah Seni Kuching merupakan tapak persinggahan sementara aku semasa cuti antara sesi ini. Aku agak gementar bertemu dengan orang-orang seni. Kata orang, orang seni ni orang halus. Tapi sebenarnya dalam diam, aku juga orang halus yang begitu mencintai seni. Cuma enggan aku khabarkan pada mereka yang baru aku kenali. Mereka yang ringan mulut denganku sahaja yang berani aku luahkan semua. Kerana aku bukanlah sehebat mana. Menyanyi di khalayak juga boleh menggigil. Tetapi, mereka ingin juga mengenali aku. Apakah kelayakan aku sehingga aku diterima oleh pihak sekolah untuk menjadi guru sandaran tak terlatih di sekolah ini. Aku bukan seorang graduan universiti. Sijil asasi juga tiada maknanya. Aku cuma bersandarkan sijil SPM yang grednya semua ada. Macam rojak kata abangku dahulu.
Kelakar pula semasa kali pertama aku memasuki kelas. Aku memang tak tahu apa yang nak diajar. Ya, subjek Sains memang aku dapat A masa PMR. Tapi kalau nak mengajar orang lain tu memang aku kena study semula. Aku mesti cover balik chapter yang guru sebelum ini tinggalkan dan mengajar dengan stail aku sendiri. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita.
Apabila aku memasuki kelas itu, aku terpaut dengan keramahan mereka. Terkejut pula aku melihat salah seorang pelajar baru aku itu merupakan anak jiran sekampung aku. Buat-buat biasa jer la. Aku mula memberikan intro. Aku ingin mengenali mereka oleh kerana aku sendiri tidak tahu apa yang nak diajarkan pada masa itu. Aku dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka telah dibahagiakan mengikut option masing-masing. Maka aku meminta mereka memberikan persembahan buatku.
Nyanyian Wafa dan Izzaty - kedua-dua kembar ini sangat malu menyanyi di depanku.
Syair Aizat memang mengujakan.
Tarian ini simple tapi langkahnya sangat teliti.