Bagaimana rasanya mendapat kasih sayang seorang ayah?
Barangkali abangku tidak pernah merasainya.
Ayahnya tampak riang di samping keluarganya di sana, sedang abang tidak merasa sekelumit pun kasih sayang ayah melainkan bapaku, itupun sebentar cuma.
Aku pasti mak juga seakan trauma kerana pernah memiliki suami yang kedua-duanya seperti itu.
Ayah dan Bapa ... tidak adakah sedikit sekelumit rasa bersalah di hati kalian?
Ayah, teganya kau meninggalkan abang sewaktu usianya yang belum mengenal erti dunia.
Dan bapa, sanggup kau meninggalkan aku dan mak dengan 'harta' yang tak terjangkau peritnya di dunia?
-"Pernahkah kau bermimpi seketika, berada di tempatku?"-