Tentang Ayah dan Bapa~
Ampunkan daku di atas segala salah dan khilafku
Aku sedar tiada berkat hidup dalam dunia ini tanpa doa ibu dan bapaku
Aku cuma hidup bersama ibu maka aku tiada empati terhadap bapaku
Aku kasihankan abangku maka aku menyelar kehidupan ayahnya
Hampir 3 tahun lalu
Aku tergerak hati ingin bertanya pada pihak berwajib
Atas saranan keluargaku juga aku gagahkan diri bertanya
Ternyata jawapannya hampa
Aku mengumpul kekuatan untuk memuatnaik status di media sosial
Pada 20 November 2016 aku memuat baik berita bahawa bapa telah kembali kerahmatullah pada tahun 2009
Masa kian berlalu
Perancangan Allah adalah yang terbaik
Insan dipanggil abangku ayah
Datang menjengah bumi Kenyalang
Datang bersama keluarga di sana
Hasil bantuan ibu tirinya
Maka sang ayah datang bersama keluarga bahagianya
Dibawa bersama untuk jalinkan semula hubungan yang pernah terputus
Tiada istilah putus dalam hubungan darah daging
Namun jalinan itu ingin dieratkan semula
Melupakan semua sengketa
Dengan air mata keluarga
Semua jadi redha
Akhirnya mereka bersatu jua
Dan aku tumpang bahagia
Walau keluargaku masih tak sempurna
Aku jua redha
Julia Antasha
#JA
24 April 2019